Powered By Blogger

Friday, March 11, 2016

Phalaenopsis bermasalah

P. sumatrana

Orkid Phalaenopsis sumatrana ini antara pokok yang bermasalah kerana daun asalnya telah bertukar warna kepada warna kekuningan. Saya kurang pasti apakah penyakit yang telah menyerang daunnya. Sebelum ini daunnya berwarna hijau tanpa ada bahagian yang berwarna kekuningan. Tapi tidak apa, orkid ini akan dikuarantinkan dan akan cuba untuk dipulihkan. Nanti keadaan pokok ini akan ditunjukkan hasil kuarantin yang akan dilakukan terhadap pokok ini.

Tuesday, March 8, 2016

Phalaenopsis bellina


P. bellina
 Phalaenopsis bellina yang kembang dan mempunyai haruman yang memikat hati.

P. bellina
Kecantikan Phalaenopsis bellina ini memang tiada tandingannya.

P. bellina
Gambar Phalaenopsis bellina yang diambil tanpa menggunakan lampu denyar (flash).

Monday, February 29, 2016

Phalaenopsis sumatrana


P. sumatrana
Phaaenopsis sumatrana ini antara orkid yang berkembang di laman ini. Warna yang terdapat pada sepal dan petalnya yang agak putih kekuningan dan sedikit warna hijau memang mengamit hati. 

P. sumatrana
Corak yang terdapat pada bunganya juga agak berlainan daripada Phalaenopsis sumatrana yang pernah saya tunjukkan sebelum ini.

P. sumatrana
Pada pendapat saya, corak yang terdapat pada bunga Phalaenopsis sumatrana ini adalah antara yang diminati.

Saturday, February 6, 2016

Phalaenopsis deliciosa

 Gambar Phalaenopsis deliciosa diambil tanpa menggunakan lampu denyar (flash).

Gambar Phalaenopsis deliciosa diambil dengan menggunakan lampu denyar (flash).

Phalaenopsis deliciosa ni walaupun bersaiz kecil, bila digambar menggunakan teknik makro akan terserlah kecantikannya.

Sunday, January 31, 2016

Phalaenopsis sumatrana

P. sumatrana
Phalaenopsis sumatrana, variasi bunganya agak berlainan sedikit kerana mempunyai corak yang agak pendek.

P. sumatrana
Phalaenopsis sumatrana yang sama tetapi gambar diambil daripada angle yang berlainan.

P. sumatrana
Phalaenopsis sumatrana yang berkembang bersama-sama Phalaenopsis modesta dan Phalaenopsis cornu-cervi.

Monday, January 23, 2012

Landscap Waktu Malam Klang Bandar DiRaja

Untuk kali ini, saya hanya akan memaparkan sekeping gambar yang telah diambil beberapa jam sebelum Sambutan Tahun Baru Cina. Pada peringkat permulaan saya bersama dengan seorang lagi kawan rapat yang kebetulan mempunyai minat yang sama sekadar mencuba-cuba untuk menajamkan kemahiran untuk mengambil gambar pada waktu malam. ini adalah hasilnya, diharapkan gambar ini boleh memberikan inspirasi kepada semua.




Contoh gambar yang diambil pada 22 Januari 2012 pada pukul 8.59 di Taman Pengkalan Batu menggunakan NIKON D5000, f/9, Exposure Time 2.5 sec, ISO 200. Gambar ini telah di HDR kan menggunakan perisian Photomatrix Pro 4.1.2 (32-bit)

Monday, January 9, 2012

Photografi

Photografi , bidang amat bagus untuk diceburi namun memerlukan peminatnya untuk bersedia dengan cabaran kerana terlalu banyak cabang yang terkandung di dalamnya.